Pentadbiran daerah Kerian

Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah lapan (8) pentadbiran Penghulu Mukim dan 95 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.

Daerah Kerian mempunyai 8 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar dan ditadbir oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kerian (PDT Kerian).

Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol, Pekan Tanjung Piandang dan Pekan Kuala Kurau.

Mukim

  1. Mukim Bagan Serai
  2. Mukim Bagan Tiang
  3. Mukim Beriah
  4. Mukim Gunong Semanggol
  5. Mukim Kuala Kurau
  6. Mukim Parit Buntar
  7. Mukim Selinsing
  8. Mukim Tanjong Piandang

Bandar dan pekan

  1. Bandar Bagan Serai
  2. Bandar Kuala Kurau
  3. Bandar Parit Buntar
  4. Pekan Bukit Merah
  5. Pekan Jalan Baru
  6. Pekan Simpang Empat
  7. Pekan Simpang Lima
  8. Pekan Sungai Gedong
  9. Pekan Tanjong Piandang